tuan rumah

My photo
kuala lumpur, Malaysia
I'm a silent reader. Or you can call me stalker. Beware! I'm a food hunter! And I hate pink. XD

kronologi

Wednesday, September 18

sakit rumah :')

Assalamualaikum.

Hai semua. 

Dah masuk minggu kedua untuk semester ini. Assignment pun dah mula memunculkan diri. Jadi tunggu apa lagi? Siapkan secepat mungkin ye anak anak semua.

Sekarang aku rasa sangat bersyukur. Kerana di sekeliling aku, ramai kawan kawan yang sudi melayan kerenah diri aku yang banyak ragam. Aku bukan kawan yang baik. Tapi aku cuba jadi kawan yang baik untuk semua. 

Aku perlu sentiasa senyum. Walaupun aku sangat home sick sekarang. Kali ni aku rasa sedih dia kemain sedih sangat sangat lah nak tinggal kan mak ayah semua. Haihh, siap nangis keluar hingus masa nak salam salam masa diorang hantar aku hari tu. 

Muka ayah aku paling aku sedih tengok. Aku tau ayah aku sedih. Aku tau jugak dia sangat kuat untuk tidak menjatuhkan air mata dia depan anak anak. Ayah perlu kuat kan? Mama pulak sangat risau kan aku. Aku je yang tak nampak semua tu. 

Pengorbanan Ibu bapa kita tak terhingga untuk kita. Aku sangat bersyukur ada ibu ayah yang sangat sayang, beri semua keperluan aku tanpa meminta balasan.

:')