Masa berlalu sejak kita meluahkan perasaan masing masing. Yaaa, aku akui kita dah pun berusaha untuk menerima segala kekurangan. Dan kita juga dah berjanji tak kan berpisah. Tapi siapa tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.
Kita hanya manusia yang merancang tapi Tuhan yang menentukan.
Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan, aku banyak mengabaikan perasaan kau, melukakan hati kau. Aku sedar kau punyai insan yang lebih memahami kau dari aku. Aku sedar aku bukanlah tempat untuk kau merasakan semua tu sejak kebelakangan ini. Aku tahu aku bukan manusia sempurna. Yang aku mahu cuma orang yang aku sayang tak meninggalkan aku. Tapi siapalah aku untuk menghalang kalau dah itu keputusan kau untuk mencari perubahan.
Aku faham, kalau aku berada di tempat kau, aku pasti dapat rasa apa yang kau rasa sekarang. Dan aku juga harap kau faham apa yang aku rasa saat kau datang bagi tahu yang kau memilih untuk bersama dengan mereka. Tanpa sedar niat kau untuk bersama mereka juga sangat melukakan hati aku. Sebab apa? Sebab aku sayang. Semua nya kawan aku.
Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua.
Aku minta maaf. Aku sangat kecewa. Tapi aku perlu sedar siapa aku dan kedudukan aku. Aku sayang semua. Dan kerana terlalu sayang, aku sangat terkesan dengan perkara ni. Mungkin bagi yang lain. ini cuma perkara kecil. Tapi tidak aku.
Dan sekarang aku masih mencuba untuk menerima semua dengan hati yang tenang. Aku bukan membenci. Cuma dalam keadaan sekarang aku lebih selesa untuk berdiam diri. Jangan ingat aku benci kerana aku sangat sayangkan semua. Keluarga aku ketika berada di perantauan. Kamu semua!
Persahabatan yang terjalin ini, aku harap tiada pengakhirannya. I really mean it!
And I'm really sorry for everything bad I've done towards you guys.
:'(