Assalamualaikum.
Bila aku mula mendengar cerita tentang orang sekeliling
aku mula diam. Diam tandanya aku memberi tumpuan
terhadap cerita itu.
Menarik. Cerita kau sangat menarik. Aku suka dengar.
Dan aku suka kalau kau cerita semua kisah hidup kau.
Hikhik :3
Tapi, aku masih lagi senyap. Diam membisu, kerana
kalau aku mula membuka cerita aku, aku risau kau
tidak berminat.
Cerita aku tidak menarik. Hidup aku membosankan.
Aku bukan orang yang hebat. Aku tak punyai kawan-kawan
yang ramai. Cukup hanya beberapa orang yang kau boleh
bilang dengan jari.
Aku harapkan kawan-kawan yang aku sayang tidak
tinggalkan aku keseorangan. Walaupun mulut berkata
'tidak kisah' atau 'dah biasa seorang', tapi hakikat
dalam hati aku sangat takut.
Aku takut ditinggalkan. Siapa lagi yang aku ada selain dari
keluarga dan kau.
Aku sayang semua. Aku harap kita semua kekal hingga
ke tua.
:D