Assalamualaikum.
Hai hoi hui.
Semakin lama masa semakin suntuk. Namun aku masih tidak berganjak. Masih lagi di takuk lama. Di mana aku masih lagi merasa aku berada dalam masa yang lapang tanpa aku sedari bahawa aku semakin tersepit. Tersepit dalam dunia khayalan rekaan aku sendiri.
Aku sedar diri ini banyak yang kurang. Aku bukan lagi aku yang dulu, walau malas bagaimanapun aku masih lagi ada komitmen. Aku yang sekarang semakin menjauh dengan sifat rajin. Aku yang sekarang makin menjadi malas nya.
Sungguh aku kesali diri ini. Aku lemah. Aku lalai. Aku leka. Aku tak berani untuk berjuang demi menyiapkan tugasan. Aku tidak berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang aku hadapi.
Namun bagi aku untuk ucapkan kata-kata maaf sangat mustahil untuk dimakan bulat-bulat oleh kau. Mungkin aku perlu diberi satu pengajaran yang hebat. Hukuman berat mungkin. Di atas kemalasan aku.
Di manakah harus aku mencari jiwa aku yang hilang ini? Berikan aku pertolongan.
kbai.